Tuesday, August 27, 2019
Tuesday, August 20, 2019
Program Read And Share Anjuran ITPA Penang
PROGRAM READ AND SHARE ANJURAN ITPA PENANG
PESERTA READ AND SHARE ILP PERAI
Pada 16 April 2019, satu program untuk peserta pelajar Institut Latihan Perindustrian Perai (ILPP)
telah diadakan di ITPA Penang Bayan Lepas. Wakil dari institut & sekolah menengah di seluruh Pulau Pinang juga turut hadir ke program tersebut.
Setiap peserta diberi novel untuk dibaca selama seminggu sebelum program Read And Share berlangsung. Semasa program, setiap peserta diberi 5 minit untuk menjelaskan apa yang mereka baca berdasarkan kefahaman mereka selepas membaca novel yang disediakan oleh En. Fairuz (Bahagian BPPL ILP PERAI).
Antara kepentingan program Read And Share ialah:
1. Membaca dapat meluaskan pengetahuan. Hal ini demikian kerana membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita peroleh dengan membaca buku, surat khabar, atau novel. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan sastera.
2. Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa tidak lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas, maka amalan membaca memang wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang.
3. Dapat meningkatkan pencapaian bahasa dalam kalangan murid-murid. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris, murid-murid dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen. Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan yang baik.
Hasilnya, program seumpama ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan sifat budaya membaca. untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Jika tidak, masyarakat akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.
Monday, August 19, 2019
Tuesday, July 23, 2019
Monday, July 22, 2019
Spesifikasi Super Nintendo Entertainment / Super Famicom
Super Nintendo Entertainment System
Dikenali sebagai : SNES
Generasi: keempat
CPU: RICOH 5A22 @ 3.58MHz
RAM: 128Kb
Resolusi: 256x224 Pixel
Tarikh Keluaran: 23 Ogos 1991
Permainan video yang terlaris: Super Mario World, Donkey Kong Country, Super Mario Kart & Street Fighter II.
SNES Versi US
Super Famicom (ia merupakan SNES versi jepun & eropah. Hanya dijual di luar US)
Tuesday, July 16, 2019
Spesifikasi Nintendo Entertainment Syatem
NINTENDO ENTERTAINMENT SYSTEM
Dikenali sebagai: NES
Generasi: Ketiga
CPU: Ricoh 2A03 8-Bit processor (MOS Technology 6502 core)@ 1.79MHz
RAM: 2KB (16KB), 2KB Video RAM
Colors: 52
Resolusi: 256x240 pixels
Tarikh keluaran: 18 oktober 1985
Dikenali sebagai: NES
Generasi: Ketiga
CPU: Ricoh 2A03 8-Bit processor (MOS Technology 6502 core)@ 1.79MHz
RAM: 2KB (16KB), 2KB Video RAM
Colors: 52
Resolusi: 256x240 pixels
Tarikh keluaran: 18 oktober 1985
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
PROGRAM READ AND SHARE ANJURAN ITPA PENANG PESERTA READ AND SHARE ILP PERAI Pada 16 April 2019, satu program untuk p...