Tuesday, August 20, 2019

Program Read And Share Anjuran ITPA Penang





PROGRAM READ AND SHARE ANJURAN ITPA PENANG 



PESERTA READ AND SHARE ILP PERAI



Pada 16 April 2019, satu program untuk peserta pelajar Institut Latihan Perindustrian Perai (ILPP)
telah diadakan di ITPA Penang Bayan Lepas. Wakil dari institut & sekolah menengah di seluruh Pulau Pinang juga turut hadir ke program tersebut. 

Setiap peserta diberi novel untuk dibaca selama seminggu sebelum program Read And Share berlangsung. Semasa program, setiap peserta diberi 5 minit untuk menjelaskan apa yang mereka baca berdasarkan kefahaman mereka selepas membaca novel yang disediakan oleh En. Fairuz (Bahagian BPPL ILP PERAI). 




















Antara kepentingan program Read And Share ialah:

1. Membaca dapat meluaskan pengetahuan.  Hal ini demikian kerana membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita peroleh dengan membaca buku, surat khabar, atau novel. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan sastera.

2. Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.  Masa tidak  lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas,  maka amalan membaca memang  wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang.

3.  Dapat  meningkatkan pencapaian bahasa dalam  kalangan  murid-murid.  Dengan membaca pelbagai  bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris,  murid-murid dapat  menguasai  bahasa tersebut dengan baik.  Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai  gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen.  Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan  yang baik.



Hasilnya, program seumpama ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan sifat budaya membaca. untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Jika tidak, masyarakat akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.











No comments:

Post a Comment